Sesungguhnya apabila seorang mukmin beriman kepada Allah dan imannya kukuh, maka ia merasa takut kepada Allah. Apabila ia merasa takut kepada Allah, maka dari rasa takut ini, ia akan merasakan kehebatan dan keagungan Allah. Dan bila rasamengaungkan Allah ini sudah mantap, maka ia akan selalu taat kepadaNya. Bbila ia selalu mentaatiNya, maka akan timbullah pengharapannya. Jika ia berharapkepadaNya maka akan timbul rasa cinta. Dan bila cinta ini telah kukuh, maka akan timbullah rasa rindu. Bila telah timbul rasa rindu, maka timbullah rasa tenang.Bila perasaannya selalu tenang dan tenteram, maka sama ada siang mahupun malam, sama ada dalam rahsia mahupun terang-terangan, ia akan selalu merasa nikmat.
Hiduplah kamu sebagaimana yang engkau kehendaki,tetapi ingat kamu akan mati.
Cintailah sesiapa yang engkau kehendaki,tetapi ingta bahawa engkau akan berpisah dengannya.
Buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki,tetapi awas kamu akan di balas atas apa yang dilakukan itu.
Dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang beriman itu terletak pada Qiamullailnya dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain.
Monday, February 26, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)